Sebelum ini kami pernah menulis entry tentang benih kelapa matag F1, dengan tajuk “Berhati-hati membeli benih kelapa matag”. Kali ini kami kupas tentang benih pokok kelapa rendah.
Video menunjukkan ladang kelapa matag benih f2 yang disulam dengan nanas MD2
Dalam entry tersebut kami menekankan tentang “jangan menanam benih kelapa matag f2 seperti yang disaran oleh jabatan pertanian”. Namun, kami silap. Selepas melakukan lawatan tapak ke ladang kelapa matag f2 milik kenalan kami, tdak 100% yang diperkata adalah tepat.
Terdapat juga kes di mana benih kelapa matag tulen (f1) yang ditanam tidak mendatangkan hasil yang diharap, manakala benih kelapa matag tidak tulen (f2) mendatangkan hasil yang memberangsangkan.
Antara faktor yang mempengaruhi kualiti pokok kelapa matag adalah:
- Kesesuaian tanah
- pH tanah
- Kekerapan penggunaan baja
- Baja yang serasi
- Serangan kumbang dan kulat
Sehubungan itu, kelapa matag f2 masih relevan untuk ditanam di kebun atau ladang anda. Banyak faktor yang perlu diambil kira dan dipertimbang.
Faktor lain pula, kelapa matag f1 amat terhad dan sukar diperolehi, manakala proses penghasilan benih matag tulen amat rumit dan cerewet. Ditambah pula dengan peratusan benih yang menjadi selepas proses pendebungaan manual kadangkala amat rendah.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan stok Benih pokok kelapa rendah @ benih kelapa matag. Bolehlah datang ke tempat kami (peta lokasi, klik) atau whatsapp, www.wasap.my/60187791008 benih matag F2
saya nak beli benih kelapa matag f1 dan f2 mcm mana ye blh wasaap saya no ni 0194482884